
|
Tuan Tanah ![]() Assalamualaikum Bukan hebat bermadah. Sekadar suka meluah. Kalau kau menyampah, jangan kau singgah Baca dan ambil ibrah. Contact me : Instagram :@cik_lobak Mak Jemah
Semarakkan Ukhwah. Leave your footprint. ![]() ![]() ![]() |
13 Alasan Wanita Enggan Menutup Aurat
Assalamualaikum akhowatku. Apa khabar dirimu? Apa khabar imanmu? semoga terus meningkat, ya. Sebagaimana yang kita tahu, aurat itu harus ditutup rapi. tidak boleh ditonjolkan mudah-mudah kepada ajnabi. Dunia kini, isu aurat sudah menjadi suatu yang biasa, cuma masyarakat tidak menitikberat. Kenapa begitu? kerna kurangnya didikan agama. ada yang pakai tudung, tapi berbaju singkat. ada yang pakai tudung, baju lengan panjang, selaur ketat, baju ketat pula. begitulah apabila definisi menutup aurat disalah tafsirkan. antara alasan mereka enggan menutup aurat yang dapat dikongsi, ialah :-
1. Semua yang tutup
aurat, confirm masuk syurga ke?
-Yang pasti, kalau
tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah
2. Tudung labuh pun
macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu
ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah
itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah
seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya
baik..bla...bla...bla..."
3. Macamlah kau
bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit
larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi
berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam,
dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia
insaf dan bertaubat sekarang.
4. Walau kami pakai
seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa
diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup
menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?
5. Pakai jarang ke
ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani
menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi
untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?
6. Kami rasa apa
yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak,
kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.
7. Walau kami tak
bertudung, kami tetap solat dan puasa.
-Apakah ibadat kau
diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk
syurga?
8. Suka hati kamilah
nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah
susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke
neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.
9. Apa yang kami
pakai, ini antara kami dengan ALLAH.
-Berani cakap di
dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah,
Neraka tempatnya.
10. Kami pakai seksi
macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam
scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh
arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?
11. Bukan kami tak
mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal
usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.
12. Takkan nak buat
perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat
Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa
aku.
13. Tutup aurat tu
bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau
sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.
“Wahai wanita,
setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar
untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut
bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di
dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana
kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi
lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada
emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri
kamu.”
semoga mendapat sedikit ilmu dari peengongsian ini. Terima kasih atas pengongsian entry yang saya peroleh dari blog saudara kita. Assalamualaikum.. :) TULIP PEPEL
Labels: dakwah |