
|
Tuan Tanah ![]() Assalamualaikum Bukan hebat bermadah. Sekadar suka meluah. Kalau kau menyampah, jangan kau singgah Baca dan ambil ibrah. Contact me : Instagram :@cik_lobak Mak Jemah
Semarakkan Ukhwah. Leave your footprint. ![]() ![]() ![]() |
Kisah Sejarah Ainul Mardhiah
Assalamualaikum wbt..! agak lama tidak mengupdate blog ni, yang mana sememangnya masih dalam pembinaan. tp tak pe la. tak nak bagi senyap je, InsyaAllah sy akan update, bila ad ksempatan.. now, cuti! only 3 days. it's better dri xdpt langsung kan? :) .. okeh. now, nk crita psal Ainul Mardhiah.. Let's see! :)
Bidadari merupakan salah
satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang
wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan
bidadar-bidadari kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua kepada
segala bidadari- bidadari).
Berjihad/berdakwah untuk
agama Allah S.W.T merupakan satu amalan yang akan menjadi kesukaan Allah S.W.T
dan ini merupakan sunnah besar nabi S.W.T dan kalangan sahabat-sahabat r.hum.
Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah
masa mudanya dihabiskan.
Rasulullah S.W.T bersabda:
“Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari
Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada apa
dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang
hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang
ilmunya apa yang telah dibuatnya.”
(Hadith sahih riwayat Tirmizi)
Ainul Mardhiah (bidadari
untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah S.W.T.)
"Seakan-akan bidadari
itu permata yakut dan marjan."
QS. ar-Rahman (55) : 58
"Di dalam surga-surga
itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik."
QS. ar-Rahman (55) : 70
"(Bidadari-bidadari)
yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah."
QS. ar-Rahman (55) : 72
"Mereka tidak pernah
disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi
suami mereka) dan tidak pula oleh jin."
QS. ar-Rahman (55) : 74
'Ainul Mardhiah merupakan
seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain
(bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi
memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk
berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan
Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang
paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari syurga.
Mendengar berita itu seorang
sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya
bidadari tersebut, tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan
kepada nabi S.W.T, kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia
tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah.
Sebelum Zohor sunnah nabi
akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga
turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama
sekejap.Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu
tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang
bersih lagi cantik dan muka yang berseri2,lalu di tanya sahabat ini ,di manakah
beliau berada,lalu ada suara yang menjawab,inilah syurga,tiba2 dia menyatakan
hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi S.W.T bagitahu
tadi),lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu
pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat
kecantikan yang sebegitu,tak pernah dilihat didunia ini,lalu diberikan salam
dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab ehh
tidak (lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita),saya penjaganya,Ainul
Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.
Lalu dia berjalan dan
memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita
yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya,
sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan
di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya
hanya penjagaya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana,
lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh
mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang
wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya
dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia,lalu
wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu
diciptakan untuk aku,bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab,nanti
kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari
tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu
dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi S.W.T,tapi
sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi S.W.T.
Petang itu pemuda itu
bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi S.W.T di dalamnya telah keluar
berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut
ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka
mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah
nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi S.W.T
dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.
Sahabat pemuda yang syahid
tadi,dalam menceritakan kepada nabi S.W.T, Nabi S.W.T menjawab: "Benar,
benar, benar sepanjang cerita tersebut". Akhirnya nabi S.W.T berkata
memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu
untuk berbuka puasa di syurga.
Lirik by: UNIC (Ainul Mardhiah)
Dirimu pembakar semangat
perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta
pemuda
Yang bakal dinobat sebagai
syuhada
Itulah janji pencipta Yang
Esa
Engkaulah bidadari dalam
syurga
Bersemayam di mahligai
bahgia
Anggun gayamu wahai seorang
puteri
Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan
kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita
Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di
Taman Syurga
Menanti hadirnya seorang
lelaki
Untuk menjadi bukti cinta
sejati
Ooh! Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus
kasih
Dihati lelaki bernama
kekasihQANITAH ULFAH Labels: dakwah |