
|
Tuan Tanah ![]() Assalamualaikum Bukan hebat bermadah. Sekadar suka meluah. Kalau kau menyampah, jangan kau singgah Baca dan ambil ibrah. Contact me : Instagram :@cik_lobak Mak Jemah
Semarakkan Ukhwah. Leave your footprint. ![]() ![]() ![]() |
Bagaimana untuk Bercinta kerana Allah ?!
-ASSALAMUALAIKUM-
Bercakap pasal cinta, sape tak nak kan? tambah remaja sekarang ni.. macam-macam yang diorang buat, disebabkan cinta. umpama CINTA itu benda yang tidak berharga. Ya! cinta itu fitrah, tp biarlah untuk yang sepatutnya dan selayaknya. bukan kepada gf/bf or what else. Cinta teragung, cinta Allah! kejar cinta tu dulu, bru kita kejar cinta dunia. sama-samalah kita. insyaAllah. So, how to bercinta kerana Allah? let's read..!
Imam Syafie pernah
ditanya oleh isterinya, “Suamiku, apakah engkau mencintaiku?” Beliau menjawab,
“Ya tentu saja, dirimu adalah sebahagian dalam hidupku.” Mendengar itu,
isterinya bertanya lagi “Apakah engkau juga mencintai Allah? Bagaimana mungkin
dua cinta menyatu dalam hati seorang mukmin, Cinta kepada Allah dan juga
mencintaiku?” Beliau tersenyum dan mengatakan kepada isterinya dengan pandangan
mata yang lembut penuh kasih sayang. “Kerana cintaku kepada Allah, maka aku
mencintai makhlukNya, memperlakukan dengan hormat dan penuh kasih sayang
terhadap isteriku, anak-anakku dan sesama insan. Aku mencintaimu kerana cintaku
kepada Allah.”
Tiada satu pun perkara dalam dunia ini terlepas dari ciptaan Allah.
Seandainya kita mencintai seseorang, sedarlah bahawa orang itu juga adalah
ciptaan Allah. Maka yang manakah perkara yang lebih layak dicintai? Penciptanya
atau penghasilan-Nya? Sudah tentu penciptanya kerana kita sendiri adalah
makhluk yang diciptakan-Nya. Mana mungkin kita mampu mempunyai rasa cinta dan
kasih sayang seandainya diri tidak dilahirkan ke dunia ini.
Oleh itu adalah satu kesalahan andainya kita tidak sandarkan rasa suka,
kasih sayang dan cinta yang kita miliki ini pada Allah yang menciptakan kita
semua. Seharusnya rasa cinta yang hadir kepada manusia itu menambahkan lagi
rasa cinta kita kepada Allah kerana hal itu telah menyempurnakan hidup kita.
Apabila kita mencintai seseorang kerana Allah, kita akan mendekatkan
dirinya kepada Allah. Kita juga mahu dirinya mendekatkan diri kita kepada
Allah. Segala salah silap ditegur demi mendapat keredhaan Allah. Bukan
membiarkan dirinya hanyut dan leka dalam nikmat dunia. Kita dapat perhatikan
ramai manusia membiarkan pasangannya bergelumang dalam kehidupan penuh maksiat
sedangkan dalam masa yang sama dia mengaku mencintai pasangannya. Cinta seperti
ini bukanlah cinta yang dikehendaki dalam Islam dan inilah contoh gambaran
cinta kepada manusia bukan kerana mereka mencintai Allah.
Oleh Syeikh al-Kubrawiyyah.
Asas persahabatan
ialah setia dalam bercinta antara satu dengan yang lain dan tulus ikhlas dalam
berkasih sayang, dan selagi ia dihalakan kepada Allah dan kerana Allah, maka
pahalanya adalah amat besar.
Allah telah
berfirman dalam satu hadis Qudsi yang bermaksud:
Pasti mendapat
kecintaanKu bagi dua orang yang sayang menyayangi keranaKu, dua orang yang
duduk bersama-sama keranaKu, dua orang kunjung mengunjungi keranaKu, dan dua
orang yang tolong menolong keranaKu.
FirmanNya lagi dalam hadis Qudsi yang lain bermaksud:
Mana dia orang yang
bercinta kerana keagunganKu? Hari inilah Aku akan menaungi mereka di bawah
nauganKu, iaitu hari yang tiada naungan selain dari naunganKu.
Rasulullah bersabda yang maksudnya:
Sesiapa yang ingin
merasakan kemanisan iman, hendaklah ia mencintai seseorang, tiada mencintainya
melainkan kerana Allah.
Apabila seseorang mencintai orang lain, bersahabat dan membiasakan diri
dengannya, kerana dilihatnya orang itu mencintai Allah dan taat setia kepada
perintah Allah, maka hal demikian itulah yang dikatakan bercinta kerana Allah.
Ataupun jika ia mencintai seseorang itu dan bersahabat dengannya kerana
orang itu membantunya di dalam selok-belok agama, dan mengarahkannya untuk taat
setia terhadap Tuhannya, maka hal sedemikian itu juga dikira bercinta kerana
Allah.
Ataupun jika ia mencinta
seseorang itu kerana membantunya dalam urusan keduniaan yang mana dengannya
pula ia bisa mengurus urusan akhiratnya, maka itu juga termasuk dalam bercinta
kerana Allah.
Ataupun jika ia mencintai seseorang itu dan bersahabat dengannya kerana
dirinya merasa senang berkawan dengan orang itu dan dadanya merasa lapang bila
duduk bersama-sama dengannya ataupun barangkali orang itu dapat menolongnya di
dalam urusan dunianya, dan dalam hal ehwal kehidupannya yang menerusinya ia
mampu hidup senang lenang, maka cinta serupa itu adalah cinta tabii, cinta
biasa yang tiada kena mengena dengan Allah. Persahabatan itu timbul kerana
kecenderungan diri semata-mata dan meskipun demikian ia tetap harus hukumnya,
tidak sunyi dari kebaikan mudah-mudahan.
Allah Taala telah
berfirman yang bermaksud:
Sahabat-sahabat pada
hari itu, satu sama lain akan bermusuhan kecuali orang yang bertaqwa. (
az-Zukhruf:67)
Dipetik dari kitab
An-Nashaihu ad-Diniyyah wa al-Washaya al-Imaniyyah: Saiyidina Ghautsul Anam
Wa-Dairah Quthubi Rahal Islam Imam Habib Abdullah al-Haddad al-Alawi al-Husaini
al-Hadhrami as-Syafie.
QANITAH ULFAH
Labels: dakwah |